Anjur program tanpa kebenaran MKN ketika PKP3.0, pemimpin Melaka disiasat lagi

Dari Penulis

SEORANG pemimpin Melaka akan disiasat berhubung tindakannya mengadakan satu program tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam.

Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Razali Abu Samah berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut selepas menerima satu laporan di Balai Polis Tanjung Minyak berhubung program berkenaan yang diadakan di Taman Rambai Jaya, Melaka.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil penganjur untuk memberi keterangan dan menyiapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Polis telah menasihati penganjur lebih awal supaya tidak mengadakan program tersebut tetapi ia masih diteruskan,” katanya memetik laporan Bernama.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 16 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit dan kita juga pernah membuka kertas siasatan terhadap penganjur sama sebelum ini kerana menganjurkan program di Bukit Rambai pada 7 Jun lalu,“ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Sementara itu, Exco Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dalam hantaran Facebook miliknya menyatakan mengenai kejayaan program Kedai Prihatin Rakyat – Drive Thru di Taman Rambai Jaya yang beroperasi dari 11.00 pagi sehingga 5.00 petang, semalam.

BERITA BERKAITAN 15 kilang, 22 pekerja kena kompaun RM194,000 langgar SOP

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka itu agar meminta penjaja ayam segar membuka kedai/gerai mereka di taman tersebut dan diagihkan secara percuma kepada rakyat dengan kosnya ditanggung PN.

Pada 11 Jun lalu, media melaporkan polis mengambil keterangan Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri itu berhubung dakwaan membabitkan pelanggaran SOP PKP 3.0 pada 7 Jun.

Sebelum itu, tular di laman sosial pemimpin itu melanggar SOP apabila menganjurkan Program Kedai Prihatin Rakyat secara pandu lalu di Bukit Rambai.

Dalam pada itu, Razali berkata setakat ini polis Melaka telah mengeluarkan 895 kompaun berjumlah RM2.685 juta membabitkan pelbagai kesalahan sejak tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran membabitkan 328 kes, pusat hiburan (15 kes) dan majikan tidak memastikan pekerja asing menjalani ujian Covid-19 (15 kes).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This