6,437 kes baharu, KL melonjak dengan 1,361 penularan

Dari Penulis

KALI terakhir kes harian COVID-19 melepasi angka 6,000 adalah pada 18 Jun lalu.

Sejak itu sehinggalah semalam, kes harian wabak itu adalah sekitar 5,000 kes.

Namun hari ini, sebanyak 6,437 kes baharu dilaporkan dengan Lembah Klang dan Negeri Sembilan terus melaporkan kes tertinggi.

Paling ketara melonjak ialah Kuala Lumpur yang melaporkan 1,361 kes hari ini berbanding 469 kes semalam.

Selangor pula terus mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,299 kes, bertambah 310 kes daripada semalam.

Negeri Sembilan ketiga tertinggi dengan 700 kes hari ini berbanding 629 penularan semalam.

Jika semalam Putrajaya melaporkan lapan kes, hari ini pusat pentadbiran negara itu mencatatkan 32 kes.

Keseluruhannya, hampir 70 peratus daripada penularan yang dilaporkan hari ini melibatkan kes di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, negeri-negeri lain menyaksikan Kedah 284 kes, Johor (271 kes), Melaka (252 kes), Pahang (250 kes) dan Sarawak (242 kes).

Perlis pula melaporkan sifar kes manakala Terengganu kekal mencatatkan kes yang rendah dengan hanya 21 kes.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu 5,218, Negeri Sembilan dan Perak naik semula

Sebanyak 6,437 kes baharu dilaporkan hari ini selepas kali terakhir melaporkan kes melebihi 6,000 pada 18 Jun lalu.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 29 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,437 kes (745,703 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,299 (245,915)
WPKL – 1,361 (77,053)
Johor – 271 (70,525)
Sabah – 178 (69,203)
Sarawak – 242 (64,475)
Negeri Sembilan – 700 (44,236)
Kelantan – 131 (34,652)
Pulau Pinang – 115 (34,364)
Perak – 184 (26,491)
Kedah – 284 (25,043)
Melaka – 252 (18,192)
Pahang – 250 (13,456)
Terengganu – 21 (11,181)
WP Labuan – 117 (8,037)
WP Putrajaya – 32 (2,291)
Perlis – 0 (589)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This