PENJAGAAN mata amat penting terutamanya buat pertugas barisan hadapan dalam mendepani tugas harian merawat kes-kes COVID-19 yang masih melanda negara hingga kini.
Bagi membantu perihal itu, Metro Optical Group (MOG) tampil mengumumkan subsidi penjagaan mata bernilai RM4,000,000 untuk petugas barisan hadapan kesihatan menerusi program iCare4U yang akan berlangsung selama sebulan bermula 1 Julai lalu.
Pengerusi MOG, Datuk Frankie Ng berkata, program iCare4U akan disalurkan kepada 10,000 orang petugas barisan hadapan kesihatan.
Katanya, pek prihatin yang dihadiahkan ini meliputi subsidi RM400 untuk kanta antivirus daripada pengeluar kanta Jerman terkemuka, Zeiss.
Baca artikel berkaitan: 8.8 juta dos vaksin diberikan, 217,807 semalam
“Bagi menebus subsidi tersebut, petugas barisan hadapan kesihatan hanya perlu mendaftar melalui laman utama https://www.mog.com.my/icare4u-project-by-mog/ dan seterusnya di mana-mana 95 cawangan MOG di seluruh semenanjung Malaysia dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan dan menambah tebusan perlu disertakan dengan kad ID perubatan yang sah.

Ujarnya, usaha program iCare4u dilakukan sebagai tanda penghargaan ikhlas pihaknya terhadap dedikasi para petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan wabak covid-19.
“Melalui program ini, saya berharap bahawa sekurang-kurangnya 10,000 petugas barisan hadapan kesihatan dapat menerima perlindungan optimum dengan kanta antivirus Zeiss secepat mungkin.”
Katanya, kanta itu menggunakan teknologi terbaru yang boleh menyahaktifkan 99.9% virus dan bakteria.
Di samping subsidi kewangan, MOG juga berhasrat membantu petugas barisan hadapan kesihatan mengatasi masalah terbesar bagi pemakai cermin mata semasa memakai peralatan pelindung diri (PPE) iaitu kekaburan cermin mata disebabkan oleh proses pemeluwapan.
Pakej khas iCare4U MOG turut akan meliputi kit anti-kabus Zeiss percuma untuk petugas barisan hadapan kesihatan.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

