Masukkan kedai alat tulis barangan perlu, bantu PdPR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan sepatutnya mengambil usaha mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kedai alat tulis dimasukkan sebagai barangan pendidikan perlu dan dibenarkan untuk dijual.

Cadangan itu disuarakan Dr. Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, ramai ibu bapa mengeluh apabila peralatan pembelajaran anak-anak telah habis digunakan setelah beberapa bulan terpaksa belajar di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata beliau, keputusan kerajaan untuk meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori ‘pendidikan perlu’ sangat membantu ibu bapa, guru-guru dan juga pelajar.

Beliau berkata, tanpa buku kerja dan alat tulis baharu, anak-anak tidak dapat belajar dengan baik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Agak pelik ada kedai peralatan rumah yang dibenarkan dibuka tetapi rak alat tulis terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan dijual. Apa rasional keputusan ini?

“Sudahlah mereka tidak boleh ke sekolah dalam ekadaan sekarang, peralatan dan alat tulis untuk belajar di rumah juga tidak ada,” jelas beliau dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jangan keliru! Semua barangan di pasar raya boleh dijual – Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Anuar berkata, walaupun ada ibu bapa boleh membeli alat tulis secara dalam talian, namun perlu difikirkan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menggunakan kaedah tersebut.

“Tidak semua keluarga menggunakan cara pembelian dalam talian dan tidak semua buku kerja setiap mata pelajaran itu ada dijual secara dalam talian,” jelas beliau.

Semalam, MKN telah memutuskan semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya serta pasar mini boleh dijual kepada pelanggan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan pemilik premis yang menutup sebahagian seksyen barangan di premis perniagaan mereka dan tidak dijual kepada pelanggan.

Masyarakat menjadi keliru sebelum ini apabila sebahagian besar pasar raya menutup sesetengah bahagian yang di dalam kategori ‘bukan barangan perlu’ seperti ruangan alat tulis, barangan dapur, barangan elektrik dan sebagainya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This