Pekerja kilang wajib jalani ujian saringan 2 kali seminggu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diwajibkan menjalani ujian saringan RTK Antigen sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu mulai 7 Julai lalu.

Syarat itu ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan itu dikuatkuasakan bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD terutama di Selangor.

Kata beliau, langkah itu dilihat mampu mengenal pasti kes jangkitan COVID-19 dengan lebih awal.

Menurut Mohamed Azmin, ia juga dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos ujian saringan pekerja tersebut.

“saya menyeru buat semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan pihak kementerian.

Baca artikel berkaitan: 353 kes positif dikesan babit 13 kluster tempat kerja

“Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal.

Katanya, perkara itu penting bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada terus merebak terutama di tempat kerja.

Semalam, sebanyak 353 kes positif COVID-19 telah dikesan daripada 13 kluster tempat kerja baharu yang dilaporkan.

Secara keseluruhan, 13 kluster tempat kerja itu merupakan majoriti kepada penyumbang kluster baharu semalam iaitu sebanyak 19 kluster.

Kluster tempat kerja yang melaporkan jumlah kes tertinggi semalam adalah Industri Jalan Rukun di Kuala Selangor.

Kluster tersebut telah mencetuskan 75 kes positif daripada 105 ujian saringan yang dilakukan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This