Hina TMJ: ‘amirul_naito’ ditahan, Ayob Khan nasihat kembali kepada Rukun Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMILIK akaun Instagram ‘amirul_naito’ yang videonya tular kerana didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ditangkap polis semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 31 tahun itu telah berjaya ditahan polis pada pukul 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Ayer Itam, Batu Pahat.

Kata beliau, ia susulan 10 laporan polis terhadap suspek dengan yang pertama dilakukan di Kangkar Pulai pada pukul 9 pagi hari sama.

Beliau berkata, punca sebenar video itu direkodkan masih disiasat dengan permohonan reman akan dilakukan hari ini.

Menurut Ayob Khan, hasil siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pembantu gerai buah itu mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Suspek pernah ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan membabitkan khianat pada tahun 2017 serta pernah dijatuhkan hukuman.

“Lelaki itu juga pernah disiasat di bawah kesalahan sama pada tahun 2020,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis tahan tukang urut didakwa hina azan

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, Ayob Khan menyeru pengguna media sosial seluruh negara khususnya di Johor supaya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan medium tersebut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai sebagai rakyat Malaysia supaya berpegang kepada prinsip Rukun Negara.

Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang tindakan atau perlakuan melibatkan komen jelik tidak kira kepada siapa pun komen itu ditujukan.

“Jangan kita gunakan media sosial untuk benda yang memudaratkan dan boleh menimbulkan ketegangan. Banyak bahasa yang boleh digunakan, bukan bahasa yang jelik.

“Kita perlu berbalik kepada prinsip Rukun Negara yang akhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Kalau tak sopan bukan rakyat Malaysia.

“Jangan terlibat dalam aktiviti sebegini terutama mengeluarkan komen jelik. Yang pasti mereka akan ditangkap,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan kes libat Azam Baki dirujuk ke AGC Khamis lalu

KERTAS siasatan berhubung dua kes didakwa melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki...

More Articles Like This