Pemusatan kuasa pihak atau individu ke atas TH dikhuatiri bawa mafsadah besar

Dari Penulis

PEMUSATAN kuasa yang terlalu besar ke atas suatu individu atau pihak bagi Tabung Haji (TH) selaku institusi kewangan terbesar umat Islam dikhuatiri boleh membuka jalan kepada ketidakcekapan tadbir urus yang bakal membawa mafsadah besar kepada TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata, oleh itu, perlunya satu kawal selia dari badan yang berkepakaran seperti Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan TH kekal pada landasannya.

Katanya, TH diberi amanah untuk menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit, justeru operasinya perlu dilaksana secara jujur, amanah dan berintegriti.

Justeru, ujarnya, pelaksanaan model baharu operasi TH ini untuk menambah baik tadbir urus dan model perniagaan, malah ia akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, BNM dan TH.

“Ini bagi memastikan TH sentiasa mapan dalam menguruskan ibadah haji umat Islam di Malaysia, di samping melaksanakan perniagaan dan pelaburan bagi memberikan potensi pulangan yang baik untuk pendeposit sekali gus menjana ekonomi umat Islam.

“Bagaimanapun, kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke atas TH, selaras peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995 akan terus kekal terutama dari segi operasi dan penyelarasan Jemaah Haji.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan terus kekal sebagai menteri bertanggungjawab bagi TH bagi memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zulkifli pada masa sama menekankan bahawa kawal selia BNM tidak sama sekali menghakis hak menteri bertanggungjawab dan umat Islam terhadap TH.

Katanya, ini kerana setiap institusi kewangan yang dikawalselia BNM mempunyai model pengurusan berbeza dan boleh terus mengekalkan punca kuasa sedia ada, seperti Bank Rakyat yang masih di bawah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi walaupun dikawal selia oleh BNM.

Baca artikel berkaitan: TH beri jaminan kepentingan 8.3 pendeposit terpelihara, operasi berjalan seperti biasa

“Saya mengharapkan agar semua umat Islam dapat memberikan kepercayaan kepada saya, Menteri Kewangan, serta kerajaan dalam melaksanakan penambahbaikan ke atas TH. Sesungguhnya TH mempunyai signifikan yang besar ke atas umat Islam.

“Perkara yang utama adalah untuk memperkasa TH serta berada dalam situasi tadbir urus yang diyakini tanpa sebarang keraguan. Kami akan terus memastikan hak umat Islam kekal terpelihara melalui penambahbaikan operasi TH.

“Semoga TH terus maju dalam menguruskan amanah umat Islam dan bakal jemaah haji Malaysia. Saya menutup kenyataan ini dengan mengajak kita semua berdoa dan bermunajat kepada-Nya,” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This