SEBANYAK lapan lokaliti di Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 22 Julai hingga 4 Ogos.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, dua lokaliti di Sarawak ialah di Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang di Kuching.
“Untuk tempoh yang sama, enam lokaliti terbabit di Sabah iaitu di Kilang Papan Lusera Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan University Utama Condominum Fasa 2 di Kota Kinabalu,” katanya.
Sementara, dua lagi lokaliti terlibat di Kampung Guruh-Guruh, Sipitang dan Kampung Air dan Kampung Bokara, Sandakan, Sabah
Katanya, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi di lokaliti PKPD dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di lokaliti-lokaliti berikut dari 22 Julai sehingga 4 Ogos:-
- Kampung Sri Menanti, Tawau, Sabah
- Perkampungan Kepulauan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ( Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya
Kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD mulai esok di dua perkampungan Orang Asli di Rompin, Pahang iaitu di Kampung Kerpal dan Kampung Pinang, katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
Semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 83,215 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,567 orang.
“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,970 buah kilang, 16,530 premis perniagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 buah asrama penempatan pekerja.
“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 38 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – UtusanTV
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

