1.3 peratus kes baharu dalam kategori 3 hingga 5, 144 kematian

Dari Penulis

SEBANYAK 98.7 peratus daripada 15,573 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 7,095 atau 45.6 peratus daripada kes yang dilaporkan hari ini dalam kategori dua iaitu bergejala ringan.

Katanya, bagi kes kategori satu atau tidak bergejala adalah sebanyak 8,273 atau 53.1 peratus.

“Keseluruhannya hanya 1.3 peratus daripada kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga, empat dan lima,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 102 kes atau 0.6 peratus berada pada kategori tiga iaitu pesakit mengalami radang paru-paru dan 74 kes lagi atau 0.5 peratus pada kategori empat iaitu radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen.

Jelas beliau, sebanyak 29 kes atau 0.2 peratus berada pada kategori lima iaitu kritikal.

Tambah Noor Hisham, kes sembuh COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini ialah sebanyak 10,094 manakala kes kematian pula ialah 144.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian mencecah 7,718 kes.

“Kes aktif di seluruh negara sekarang ialah 147,386 kes dengan sebanyak 939 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 456 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Bagi kluster baharu pula, jelas Noor Hisham, sebanyak 16 kluster yang dikesan hari ini terdiri daripada komuniti.

Katanya, tempat kerja pula sebanyak lapan kluster, kumpulan berisiko tinggi (empat) dan kluster pendidikan serta aktiviti keagamaan masing-masing satu.

Beliau berkata, kajian berterusan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak telah mengenal pasti 119 kes varian baharu yang kesemuanya varian membimbangkan (VOC).

Kata Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) sebanyak 429 dengan 409 ialah VOC manakala 20 kes merupakan VOI.

“Sehingga kini, bagi VOC terdapat 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This