“Saya nak keluar dari zon selesa”- Amyra Rosli pengacara baru Nona

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Amyra Rosli teruja bakal mengendalikan program Nona di TV3 sekali gus menggantikan pengacara sebelum ini, Mira Filzah.

Kata Amyra yang juga isteri kepada aktor Amar Baharin, semestinya dia terkejut apabila ditawarkan untuk mengendalikan program popular berkenaan.

Ujarnya, dia sudah lama memasang angan-angan untuk mencuba bidang pengacaraan namun sedar masih belum cukup ilmu.

“Saya memang terkejut bila ditawarkan untuk menjadi pengacara Nona sebab saya sedar program ini sangat besar dan sudah dikenali ramai.

“Sebenarnya, sejak dulu lagi saya dah pasang impian nak jadi pengacara tapi belum cukup ilmu. Bila pihak TV3 menghubungi saya dan menyatakan tawaran ini, saya tak ambil masa lama dan bersedia untuk sahut cabaran ini,” katanya.

Amyra berkata demikian ketika sesi sidang media secara maya bersama hos baharu Nona, Muzik-Muzik dan Melodi yang diadakan hari ini.

Dalam pada itu, Amyra akui agak gementar untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona memandangkan jenama program itu sudah lama bersiaran di TV3.

Bagaimanapun, menurut Amyra, dia cuba untuk menjadi diri sendiri dan tidak terlalu terikut-ikut gaya pengacara yang pernah bergelar ‘muka hadapan’ program berkenaan.

“Rasa takut itu ada dalam diri saya, tapi tak mengapa saya akan buang perasaan itu jauh-jauh. Saya anggap ini adalah cabaran baharu dalam karier seni.

“Saya nak cuba keluar dari zon selesa sebagai pelakon dengan cara menimba ilmu baharu. Justeru, pengacaraan adalah cabang seni yang baharu buat saya terokai,,” ulasnya.

Sementara itu, bercakap soal kecaman dan perbandingan yang bakal diterima kelak, Amyra mengambil pendekatan berlapang dada dan optimis dengan setiap komen yang diberikan terhadapnya.

“Tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Kalau saya ada terima kritikan, mungkin itu datang daripada ‘haters’. Apa-apa pun saya tidak mahu mengambil serius sangat tentang hal itu.

“Buat masa ini saya belum dapat sebarang mesej atau komen-komen negatif…mungkin ramai ternanti-nanti kelainan yang akan saya tampilkan dalam Nona,” ulasnya.

Amyra akan muka mengendalikan program Nona bermula 8 Ogos ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This