PN masih ada sokongan termasuk tiga ahli Parlimen PKR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen sekali gus terus kukuh mentadbir negara.

Pada masa sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mendakwa terdapat tiga ahli Parlimen PKR telah menyatakan sokongan kepada PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu, Zahidi tidak memberikan sebarang perincian berhubung perkara tersebut.

Menurut beliau, saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong PN tetapi tidak menyokong Muhyiddin sebagai tidak praktikal.

Sehingga kini, kata beliau, kerajaan PN masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional (BN), PN dan parti-parti dari Sabah serta Sarawak.

“Ahli-ahli Parlimen BN adakan pertemuan untuk lihat sokongan dan tidak ada masalah kerana 40 telah menandatangani surat perakuan menyokong kerajaan PN.

“Kalau boleh Presiden UMNO sokonglah sebab kita dalam kerajaan bersama yang Timbalan Perdana Menteri adalah dari UMNO.

Baca artikel berkaitan: Mesyuarat khas MT UMNO esok, krisis istana dan kerajaan antara tumpuan

“Kita juga ikut keputusan dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk beri sokongan sehingga Pilihan Raya UMUM (PRU),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi turut menegaskan UMNO tidak akan sesekali mengkhianati kerajaan PN yang telah dibina bersama.

Beliau turut meminta semua ahli UMNO untuk terus bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita minta ahli UMNO beri kepercayaan kepada Ismail Sabri. Kita tak mahu dalam keadaan badai dan ribut, kita tebuk lubang kapal.

“Saranan Presiden UMNO supaya menyokong PN tetapi tak menyokong Muhyiddin tak praktikal kerana kalau kita bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tapi tak sokong Presiden Bersatu, ini tak praktikal. Kita sokong Pas tapi tak sokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tak praktikal.

“Kalau Presiden UMNO nak amal dalam UMNO, boleh cuba sokong UMNO tapi tak sokong Presiden. Kalau berjaya dalam UMNO baru boleh amal kepada parti lain,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This