Ismail Sabri boleh jadi penghubung redakan suasana

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat sebagai calon sesuai untuk menjadi ‘jambatan’ penghubung antara UMNO dengan barisan Kabinet bagi meredakan ketegangan yang berlaku ketika ini.

Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berpandangan, Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai suara yang kuat dalam Jemaah Menteri.

Menurut beliau, imej kerajaan ketika ini sedikit tercalar ekoran beberapa peristiwa termasuk isu pembatalan Ordinan Darurat dan penarikan sokongan yang dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Penarikan sokongan terhadap kerajaan itu bagaimanapun tidak berlaku selepas Ahli-ahli Parlimen UMNO terus mendukung kerajaan sedia ada pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu, kata beliau, UMNO perlu bijak memainkan peranan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Malah, perjuangan UMNO mendahulukan rakyat harus diterjemahkan melalui Ismail Sabri.

“Memang Ismail Sabri boleh memainkan peranan untuk menjadi penghubung itu kerana beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai suara kuat dalam Kabinet.

“UMNO sendiri pun mempunyai beberapa orang lagi menteri yang dominan dalam Kabinet lebih-lebih lagi dalam menguruskan hal berkaitan COVID-19,” katanya ketika dihubungi UtusanTV hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keprihatinan Ismail Sabri buat orang Bera ‘cair’

Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO sejak awal penglibatan dalam dunia politik dilihat sebagai individu yang lebih mementingkan rakyat daripada berpolitik kosong.

UMNO mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) secara dalam talian mulai 4 petang ini bagi membincangkan mengenai isu politik semasa.

Mesyuarat tersebut antara lain bakal membincangkan tentang kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen.

Sabtu lepas Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Kedudukan UMNO menjadi perhatian ramai memandangkang parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu mempunyai jumlah ahli Parlimen teramai dalam blok kerajaan.

Berikutan perkembangan mutakhir ini, pendirian UMNO terus dinantikan selepas kali terakhir Mesyuarat MT parti itu menyaksikan mereka menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, pendirian itu masih jadi tanda tanya kerana ahli-ahli Parlimen UMNO masih kekal dalam Kabinet.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This