“Takiyuddin tidak letak jawatan, pembatalan Ordinan Darurat adalah keputusan kabinet” – Khairuddin

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan meletakkan jawatan di sebalik konflik berhubung pemakluman mengenai pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang dan tidak ditukarkan kepada portfolio lain dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

“Takiyuddin tidak letak jawatan. Ini keputusan (pembatalan Ordinan Darurat) kolektif daripada kabinet, bukan tindakan seorang menteri sahaja.

“Tiada tukar jawatan, tiada tukar portfolio, beliau kekal sebagai menteri dan kita buat apa yang patut buat untuk rakyat dan negara,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di Kuala Langat, hari ini.

Astro Awani melaporkan beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Takiyuddin akan meletakkan jawatan selepas Ahli Parlimen pembangkang berulang kali mendesak beliau melakukan sedemikian.

BERITA BERKAITAN Kabinet tidak perlu dapatkan nasihat JWK Khas untuk batal Ordinan Darurat

Sementara itu, Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 10,000 pekerja industri perkayuan dan perabot telah divaksinasi di bawah program vaksinasi sektor agrikomoditi di PPVI) MTC@Olak Lempit, Banting sejak beroperasi dari 28 Julai lepas.

PPVIN MTC@Olak Lempit merupakan PPVIN kedua yang beroperasi selepas PPVIN Ladang Tennamaram dibuka pada 26 Julai 2021.

“Operasi PPVIN melalui kerjasama dengan pihak industri adalah kaedah terbaik bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada semua pekerja sektor agrikomoditi tanpa perlu bergantung kepada PPV Awam yang mempunyai kekangan tersendiri,” katanya.

Katanya, seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, buat masa ini vaksinasi secara ‘walk in’ bagi bukan warganegara hanya akan dibuat di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 Ogos hingga 22 Ogos 2021.

“Dalam menyokong usaha Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi ini, pihak industri digalakkan terlibat secara langsung sebagai pemudah cara dengan mewujudkan PPVIN sendiri di dua lokasi yang bersesuaian, setelah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF),” katanya.

Untuk program tersebut, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) telah memberi subsidi sebanyak RM30 untuk setiap pekerja dan kakitangan industri terlibat.

Bagi syarikat yang berada di bawah sektor agrikomoditi, permohonan menyertai Program VACOMS boleh dibuat melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sekiranya syarikat mempunyai jumlah pekerja sekurang-kurangnya 1,000 orang atau bergabung dengan syarikat lain bagi mencukupkan bilangan tersebut.

“Pelaksanaan kaedah PPV Bergerak juga boleh dibincangkan dengan lebih lanjut oleh pihak industri bersama penyedia perkhidmatan yang mempunyai trak vaksin dan dikemukakan permohonan kepada KPPK untuk diluluskan oleh CITF,” katanya.

Khaiaruddin berkata, pemberian vaksin adalah percuma tetapi pihak syarikat masih perlu menanggung kos pentadbiran vaksin dan kos pengoperasian PPVIN sama ada di lapangan atau pun secara bergerak.

“Caj keseluruhan yang ditetapkan bagi setiap pekerja juga tidak melebihi RM100,” tambahnya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This