Resipi ayam masak merah sedap memukau

Dari Penulis

Bagi penggemar sajian ayam masak merah, resipi sambal perkongsian cef Fazalina ini antara yang harus anda cuba. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga. Jom cuba!

BAHAN
2 ekor ayam – potong kecil
3 cawan santan
1 cawan kerisik
2 ketul gula kabung – pecah-pecahkan
2 sudu besar tomato puri
1 ½ cawan sos tomato
4 kiub pati ayam
Garam
2 tangkai daun bawang – hiris 5 cm panjang
2 tangkai daun sup – hiris 5 cm panjang

BAHAN TUMIS
20 ulas bawang merah – hiris nipis
3 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
1 cawan minyak masak

BAHAN KISAR
25 tangkai cili kering – rendam
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
3 cm halia – hiris
3 cm lengkuas – hiris
4 batang sera – hiris

CARA
1.Ayam yang telah dibersihkan, garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan tuskan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga bawang merah sehingga garing.
3.Masukkan bahan kisar, tumis sehingga pecah minyak.
4.Masukkan santan, kerisik, tomato puri, sos tomato, gula kabung, pati ayam dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan tumisan mendidih.
5.Selepas itu, bolehlah masukkan ayam, daun bawang dan daun sup. Kacau rata.
6.Apabila sambal sudah pekat dan pecah minyak, bolehlah tutupkan api.

Resepi: Cef Fazalina Ismail

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This