Labuan berjaya capai sifar kes baharu COVID-19 hari ini

Dari Penulis

SEPANJANG akhir Mei dan Jun, kes baharu COVID-19 naik mendadak di Labuan dengan rekod tertinggi 1,340 kes baharu dalam seminggu.

Kes yang tinggi mencecah tiga angka sehari berpunca daripada penularan varian Delta yang dikesan di pulau tersebut.

Seperti diketahui, langkah utama yang diambil kerajaan bagi membendung penularan di Labuan adalah memepercepatkan program vaksinasi.

Hasilnya sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes baharu turun sehingga satu angka sehari sejajar dengan kadar vaksinasi di Labuan yang kini merangkumi lebih 90 peratus penduduk dewasa.

Kejayaan Labuan juga menunjukkan kepada negara dan dunia bagaimana vaksin berkesan terhadap varian Delta.

Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang ketika ini juga berasaskan strategi Labuan.

Dan hari ini, Alhamdulillah, Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mencapai sifar kes baharu COVID-19.

Turut berkongsi berita gembira itu, Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi laman Facebook petang ini.

Baca artikel berkaitan: Vaksin lengkap turunkan kes kemasukan ke hospital di 5 negeri

“Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan yang diketuai oleh Rithuan Ismail serta Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan.

“tidak dilupakan Ketua Polis Daerah Labuan di atas usaha keras memerangi pandemik ini terutamanya ketika Labuan dilanda varian Delta tempoh hari.

” Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang menjadikan pencapaian ini satu realiti. Semoga Labuan kekal sifar kes,” kata Kementerian.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This