Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti bersatu hati kepada parti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum ini lantang mengkritik ahli-ahli Parlimen parti itu yang terus menyokong Perikatan Nasional (PN), hari ini kelihatan tampil bernada lembut meminta mereka kembali bersatu hati kepada UMNO.

Mohamed Khaled malah berkata, ruang dan tempat mereka dalam UMNO tidak pernah hilang.

Kata beliau, PN tidak lebih daripada sekadar ruang untuk UMNO menyumbang kepada bangsa dan negara.

Beliau berkata, UMNO menyokong apabila wujud kebaikan yang jelas kepada bangsa dan negara serta menolak ketika gagal dan sudah tidak berada di landasan betul.

Menurut Mohamed Khaled, perjuangan, kekuatan dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala kedudukan serta jawatan mana-mana individu dan personaliti.

“UMNO mesti hadir dan berdiri sebagai sebuah ketumbukan orang Melayu yang mempunyai kebersamaan tekad dan kebulatan hati. Bukannya berpecah-pecah dan berlainan haluan.

Baca artikel berkaitan: Pemimpin Bersatu sahkan Muhyiddin letak jawatan esok, usaha pujuk PM sedang berjalan

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang sangat jelas bahawa Perdana Menteri dan PN sudah tidak berupaya untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

“Perjalanan kita semua dalam UMNO telah sama-sama mendewasakan. Persahabatan mesti kekal dan abadi. Kita jangan sampai berkerat rotan berpatah arang. Mereka yang berbeza pandangan dengan kita bukan musuh. Ingat gigi dengan lidah, ada masa tergigit jua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, keutamaan UMNO ketika ini dalah untuk memberikan sentuhan kepada penyelesaian krisis nasional dan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Untuk melakukan perkata itu, beliau berkata, UMNO mesti segera bersatu hati dan mengeratkan semula perpaduan di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen.

“UMNO tidak hidup hanya untuk hari ini. UMNO melihat masa depan. Atas dasar itu, insya-Allah UMNO akan segera meninggalkan episod ini untuk membuka lembaran baharu yang lebih penting.

“Kita mesti kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara yang betul,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This