Sultan Johor nafi keluar kenyatan seperti disebar dalam poster politik

Dari Penulis

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap parti politik seperti mana dalam poster yang ditularkan.

Menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Baginda bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi.

“Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial,” titah baginda.

Poster itu yang tular sejak semalam, antara lain memaparkan gambar Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitakan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This