Lebih 16 juta lengkap vaksin, 36.745 juta dos telah diberi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar mengikut perancangan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.

Usaha itu telah pun menyaksikan lebih 16 juta individu telah pun lengkap divaksinasi, merangkumi 68.8 peratus populasi dewasa.

Statistik lebih 16 juta atau lebih tepat 16.107 juta itu bermakna sebanyak 49.3 peratus populasi keseluruhan negara telah menerima dos kedua bagi vaksin dua dos dan satu dos bagi vaksin dos tunggal CanSino.

Sehingga semalam, sebanyak 36.745 juta dos vaksin telah pun diberikan seluruh negara sejak PICK dilancarkan penghujung Februari lalu.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 20.677 individu atau 63.3 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos vaksin yang diberikan kembali melepasi paras 300,000 selepas menurun sedikit pada hari sebelumnya.

Sebanyak 313,751 dos telah pun diberikan merangkumi 132,640 untuk dos pertama manakala 181,111 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: 68 peratus dewasa lengkap vaksinasi, 289,958 dos diberi

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 88.3 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 5.987 juta atau 71.1 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 1.790 juta (63.6 peratus populasi) di Sarawak; 1.478 juta (39.1 peratus populasi) di Johor; 1.246 juta (31.9 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 950,930 (37.9 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 860,703 individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (765,249) dan 679,222 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 637,728; Kelantan telah mencatatkan 606,949 lengkap dos kedua dan 476,396 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 431,941 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 129,753 di Perlis dan 65,380 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 6.943 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.315 juta individu.

Ia diikuti Sarawak 1.857 juta; Sabah (1.734 juta); Perak (1.379 juta) dan Pulau Pinang (1.197 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This