Resipi nasi goreng Mexico

Dari Penulis

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi goreng Mexico ini. Memang sedap.

BAHAN
1 mangkuk nasi
60 gm daging kisar
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 tangkai cili merah – hiris halus
1 labu bawang besar – potong dadu
¼ lada benggala merah – potong dadu
¼ lada benggala kuning – potong dadu
¼ lada benggala hijau – potong dadu
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kicap soya cair
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk paprika
3 tangkai daun pasli – cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA
1.Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak.
3.Selepas itu, masukkan bawang besar, lada benggala merah, lada benggala kuning, lada benggala hijau dan cili.
4.Masukkan cili kering kisar, kicap soya cair, serbuk paprika, serbuk cili, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sekata.
5.Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
6.Akhir sekali masukkan daun pasli dan gaul sehingga sebati. Sedia dihidang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This