Siri drama korea Squid Game yang diperkatakan sekarang ini.

PENANGAN drama bersiri Squid Game di saluran Netflix membuatkan ramai masih tidak dapat ‘move on’ biarpun selepas seminggu ia ditayangkan bermula 17 September lalu.

Ramai masih memperkatakan pelbagai perkara mengenai siri popular itu, apabila media-media sosial dihujani macam-macam teori “konspirasi” tersendiri terhadap watak-watak dalam drama tersebut.

Antara teori yang muncul adalah, 199 tidak mati sebab tidak ditunjukkan kematiannya dan 067 akan kembali pada musim kedua kerana namanya tidak diumumkan seperti kematian peserta lain.

Ada juga yang mengaitkan peserta 456 lakonan Lee Jung-jae merupakan anak kepada watak 001 berdasarkan beberapa petunjuk.

Tinjauan UtusanTV di platform Twitter mendapati netizen tidak putus-putus memberikan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai jalan cerita serta perincian-perincian yang terkandung di dalam drama tersebut.

“Nampaknya peminat Squid Game masih belum move on.  Cerita Squid Game ni lebih hebat daripada Money Heist sebab ada banyak unsur kemanusiaan “, kata @shakirshake.

Ada juga yang mempunyai pilihan karakter-karakter yang mereka gemari dan merasakan pelakon-pelakon yang dipilih membintangi drama ini telah membawakan watak mereka dengan sangat baik dan sampai ke hati penonton.

“Marah weh tengok Ali kena scam macam tu dengan Sang Woo. Dah lah kena scam dengan boss”, kata @ansfdzl.

“Series Squid Game ni kalau perasan, semua pelakon dia hebat-hebat. Yang serius betul serius, yang ganas jadi ganas sungguh”, menurut @syafaatNaasir.

Baca artikel berkaitan: Kenali watak pelakon bernombor 067 dalam Squid Game… gaya mcam superstar!

Walaupun drama ini sarat dengan aksi kejam dan penuh berdarah, menariknya keseluruhan drama Squid Game mengetengahkan identiti negara mereka sendiri seperti permainan tradisi kanak-kanak yang digelar Mugunghwa has Bloomed dan makanan popular di Korea iaitu Korean Dalgona Sweet Candy.

Impak daripada drama ini Korean Dalgona Sweet Candy secara tidak langsung juga menjadi perhatian masyarakat terutamanya penonton yang menonton drama bersiri ini yang mengimbau kembali kenangan mereka ketika berada di Korea dan menikmati makanan manis ini.

“Teringat masa pergi Korea 2018 dulu, memang sedap gula-gula ni. Bilalah boleh pergi lagi “, kata @suhanaazira

” Masa pregnant anak yang first memang hari-hari waktu bercuti kat Korea kita beli. Makan sambil jalan-jalan kat taman. Rindunya “, kata Zealla87.

Dalam pada itu, satu perkongsian video telah dikongsikan oleh @masisso di akaun tiktok miliknya resepi membuat Korean Dalgona Sweet Candy.

Bagi yang ingin mencuba gula-gula tersebut dan tidak bekesempatan untuk pergi ke Korea, mungkin resepi yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk membuat gula-gula Korea anda sendiri di rumah.

Resepinya mudah dan hanya memerlukan tiga bahan utama sahaja iaitu gula perang, gula putih dan serbuk penaik.

Menurut perkongsian video tersebut, langkah pertama untuk membuat gula-gula Korea adalah dengan mencairkan gula perang dan gula putih di atas api yang perlahan.

Kemudian apabila campuran mencair masukkan sedikit serbuk penaik dan gaul hingga sebati sehingga warna keperangan. Akhir sekali, tuangkan campuran di atas kertas pembungkus. Biar seketika dan tekapkan campuran dengan acuan pilihan.

Resepi video ini telah mendapat sebanyak 234 ribu jumlah tontonan dan pelbagai reaksi positif netizen yang gembira serta ingin mencuba resepi tersebut.

” Dalam banyak-banyak video, ni yang paling mudah dan sama dengan yang Korea punya resepi. Tak sabar nak cuba buat dan nak main permainan ala-ala Squid Game dengan adik-adik”, kata @kentanggoreng

“Terima kasih resepinya. Dah buat memang menjadi dan sedap. Tak boleh buat selalu boleh kencing manis”, kata @zue33

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Klik link untuk lihat cara buat Korean Dalgona Sweet Candy: https://vt.tiktok.com/ZSeJYxSaG/