Waknah ketika diberikan minuman coklat Starbucks oleh cucunya selepas lengkap dos kedua vaksin COVID-19.

“MILO YA”, jawapan comel seorang nenek berusia 82 tahun yang diberikan minuman coklat Starbucks selepas lengkap dua dos vaksin COVID-19 berjaya mencuit hati ramai netizen.

Gelagat Masnah Rais itu, ternyata mengimbau kembali kenangan warganet bersama nenek masing-masing yang gemar minuman malt coklat jenama Milo.

“Reaction nenek jujur betul, macam milo. Coklatkan macam milo “, tulis salah seorang pengguna @imbeingfake.

“Arwah nenek aku pun suka minum air milo . Rindunya nenek”, tulis salah seorang pengguna lain @otamblurr.

“ Comel je nenek kata milo ko? Ye nek milo harga rm20. Comelnya nenek”, kata salah seorang pengguna @riezmanhairi di ruangan komen.

Masnah atau lebih mesra dipanggil Waknah menerima dos kedua vaksin Astrazeneca lima hari lepas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam.

Waknah yang lengkap dua dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Lukisan dipuji ramai, gadis dedah kenapa pilih Microsoft Excel untuk melukis

Klik untuk saksikan video: https://vt.tiktok.com/ZSJweREu2/

Dia yang ditemani cucu Muhammad Syukry Abdullah, 23, merupakan sebahagian daripada 16.492 juta individu yang kini lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Muhammad Syukry mengatakan, air itu diberikan sebagai hadiah kepada Waknah yang sememangnya gemar meminum minuman manis seperti air berperisa coklat.

“Rakam video tu untuk suka-suka sebenarnya. Nak jadikan kenangan sendiri juga, nanti bila orang tua dah tiada video-video ni lah yang akan jadi kenangan”, katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka perkataan milo itu akan keluar daripada mulut neneknya apabila ditanya mengenai air tersebut.

“Saya sendiri berasa reaksi spontan neneknya yang sempat dirakamnya itu sangat lucu dan comel,” katanya dan menambah pembelian Starbucks itu disebabkan dia sendiri selalu tengok orang ramai membelinya selepas divaksin.

Sehingga kini Syukry masih tidak percaya video kenangan bersama neneknya itu mendapat perhatian ramai sehingga mencecah setengah juga tontonan dan mendapat 58 ribu tanda suka di platform TikTok.

“Nenek pun tidak tahu yang ramai orang minat dengan video tu”, kata Syukry yang kini menetap di Klang bersama neneknya.

Menurut pelajar Politeknik Merlimau, Melaka itu, Waknah tidak mengalami sebarang kesan sampingan teruk selepas dos kedua vaksin yang diterimanya.

“Didoakan semoga Waknah diberikan kesihatan yang baik dan terus ceria disamping keluarga”.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram