Bergaduh selepas mabuk, 12 lelaki ditahan Polis Pulau Pinang

Dari Penulis

TENGOK gaya macam dalam filem, tapi sebenarnya bergaduh selepas mabuk.

Bermula dengan minum kemudian berlakulah perselisihan faham antara dua kumpulan yang membawa kepada pergaduhan di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang tengah malam semalam.

Berdasarkan rakaman video yang tular, dapat dilihat ada dalam kalangan individu yang disertai kira-kira 20 lelaki itu membawa bersama tukul besi.

Kesudahannya, 12 lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan itu.

Memetik laporan media, polis menerima makluman mengenai kejadian itu pada kira-kira 12.35 tengah malam semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi tersebut.

Tangkap layar insiden pergaduhan dua kumpulan lelaki mabuk di Lebuh Farquhar awal pagi semalam.

Baca artikel berkaitan: Polis kepung lokasi, kesemua 24 perusuh depan tokong ditahan

Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya timbul perselisihan faham yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan di luar premis makanan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang semalam.

Beliau berkata kesemua mereka direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This