Berbadan dua? Neelofa tunggu masa sesuai untuk kongsi berita baik

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal, Neelofa memilih untuk mengunci rapat tentang berita mengenai dirinya sedang hamil.

Walau bagaimanapun, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor,32, meminta semua pihak bersabar dan menunggu waktu sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa hadir ke mahkamah, perut pula yang jadi perhatian

“Saya rasa soalan tentang (kehamilan) ini sensitif untuk sesetengah orang, mungkin mereka ada alasan sendiri untuk menjawab atau tidak menjawab soalan itu… bagi saya pula sama ada desas-desus itu betul atau tidak, saya akan tunggu masa sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai.

“InsyaAllah saya akan kongsikan berita baik ini nanti… kita pun nak doa-doa orang ramai, bukan benda buruk nak disorokkan cuma apabila tiba masa yang tepat, pasti saya kongsi.

“Kita faham ada segelintir yang teruja, ia sesuatu yang orang tunggu-tunggu cuma bayangkan jika terjadi pada seorang selebriti yang sedang mencuba (hamil) tapi tak betul berita itu pasti memberi kesan, jadi saya rasa sepatutnya orang ramai lebih memahami,” katanya memetik laporan mStar.

Bermula Julai lalu, kisah mengenai ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Lebih menguatkan dakwaan isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut menarik perhatian ramai.

Bekas pengacara program MeleTOP mengakui suami dan keluarganya turut teruja menanti kehadiran anak sulung mereka.

“Soal jantina, tak kisah sebab itu semua rezeki Allah. Bukan kami sahaja, saya rasa suami orang lain pun mesti excited dan keluarga mereka pun tak sabar menunggu berita kehamilan.

“Sejujurnya saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius tentang anak sebab kami pun baru kahwin, masih lagi dalam proses mengenali,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This