‘Saya hodoh je’ gadis ‘iklan’ diri cari jodoh di Twitter

Dari Penulis

PERIBAHASA Melayu “perigi mencari timba” merujuk kepada perbuatan berani seorang perempuan memulakan langkah untuk berkenalan dengan lelaki dalam konteks mencari pasangan adalah dianggap menyalahi norma masyarakat.

Tidak ada salahnya bagi kaum hawa memulakan langkah pertama terlebih dahulu untuk mencari jodoh oleh kerana mempunyai pasangan adalah sebuah fitrah kehidupan manusia.

Menerusi laman twitter @ohitsvnna, seorang gadis bernama Anna bertindak “mengiklan” diri sendiri bagi mencari pasangan sehidup semati.

“Salam, saya cari potential husband. Saya dah ada rumah and kereta. Debt-free. Saya hodoh je, tak cantik pun. Tutup salam,” tweet ringkas gadis itu.

Ciapan tersebut telah diulang kicau hampir 3,000 kali dan mendapat lebih daripada 7,000 tanda suka selain ratusan komen warga burung biru turut mencadangkan kenalan lelaki yang masih bujang.

Baca artikel berkaitan: Digigit lintah sebesar ibu jari, hampir 2 juta tonton pemuda tarik di telapak tangan

“U cari calon area mana sis? I ada tiga abang bujang. Tak tau lah nak kawin bila. Jenuh saya nak langkah bedul,” ujar pengguna twitter @RedCarrot19

“Hi, nak promote abang saya. Umur 26. Mixed malay/Indian. Tak hensem mana pun tapi setia. Dah bekerja as Software Engineer. Otw cari rumah, ada kereta dan motor. Suka main game, tak suka mainkan hati perempuan,” komen @anisdhmrh yang mencalonkan abangnya.

“I send this to my brother. But he said dia tak layak, sebab sis dah ada semuanya. Dia malu,” tulis @shhrhsha yang kemudian dibalas mesra oleh gadis berkenaan “Oh no, cuba lah mana tau I boleh jadi kakak ipar. Hahahha gatal,”.

Warganet sempat memberikan komen nasihat dan sokongan kepada gadis dalam mencari calon suami di zaman serba moden ini.

“Jaga-jaga sis dalam memilih pasangan… zaman sekarang kebanyakkan ramai yang amik kesempatan dekat pasangan masing-masing. Kena pastikan dulu betul-betul. Jangan terus in love. Buat istikharah,” nasihat @dhiaaufa1.

“Hope you find someone who approach you for who you are not by what you have, Good luck,” tulis @heyitsmeadli memberi sokongan kepada gadis itu.

Malah, ramai juga wanita yang masih ‘single’ sempat mengiklankan diri di bahagian ruangan komen dengan harapan dapat bertemu pemilik tulang rusuk kiri.

Pemerhatian UtusanTV pada profile gadis berkenaan itu ada menyatakan lokasi tempat tinggal TGG/KUL, yang mungkin menunjukkan gadis ini berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun cubaan UtusanTV untuk menemuramah gadis itu masih belum berjawab.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This