Parti Kuasa Rakyat dilancar hari ini, nafi penubuhan didalangi PM

Dari Penulis

PARTI Kuasa Rakyat (Kuasa Rakyat) yang dilancarkan hari ini menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) sama ada mahu menawarkan parti itu menjadi sebahagian daripada komponennya.

Presiden Penajanya, Kamarazaman Yaakob berkata Kuasa Rakyat, yang merupakan sebuah parti berbilang kaum, boleh mengisi kelompongan sedia ada di dalam gabungan itu.

“Kita tidak mengantikan MCA atau MIC… Jadi, kami sebuah parti berbilang kaum dan sudah boleh mengisi kelompongan dalam BN dan itu bergantung kepada sejauh mana mereka ‘berselera’ serta berkeinginan untuk menerima kami.

“Itu bergantung kepada kondisi dan situasi politik,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Parti Kuasa Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya bila parti itu akan didaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Kamarazaman berkata pihaknya sedang berbincang dengan sebuah parti yang telah didaftarkan di negara ini untuk bergabung dan membentuk barisan kepimpinan baharu.

BERITA BERKAITAN Parti Kuasa Rakyat pimpinan Abang PM dilancar esok

Tanpa menamakan parti terbabit, beliau berkata Kuasa Rakyat akan menumpukan kepada agenda pemerkasaan golongan B40 dan M40 serta anak muda di negara ini selain menjadi parti mesra kerajaan.

“Kuasa Rakyat akan memperjuang dasar pelajaran percuma, hapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), hapuskan semua bentuk hutang PTPTN dan digantikan dengan biasiswa, dermasiswa atau yang sewaktu dengannya.

“Penghapusan hutang ini hanya terpakai kepada anak-anak golongan B40 dan M40. Begitu juga dalam soal pemberian segala bentuk biasiswa, hanyalah kepada anak-anak B40 dan M40,” katanya.

Kamarazaman turut menafikan parti itu didalangi pihak tertentu termasuk adiknya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This