Pusaka Hanafi lancar program Jom Silat 10.10, imbau kejayaan catat Rekod Malaysia

Dari Penulis

PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia) menganjurkan Program Jom Silat 10.10 sempena sambutan Hari Sukan Negara yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jom Silat 10.10 merupakan program imbasan kejayaan Pusaka Hanafi Malaysia yang telah berjaya mencipta Rekod Malaysia dalam kategori “Largest Silat Participation” dan “Largest All-Women Silat Performance” yang dicatatkan di Dataran Merdeka pada 10 Oktober 2010 (10.10.2010).

Ahmad Faizal berkata, program Jom Silat tersebut dapat memupuk semangat jati diri dan menerapkan nilai-nilai murni serta membentuk disiplin dalam kalangan peserta.

AHLI-AHLI Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia berpakaian silat serba lengkap menghadiri pelancaran Jom Silat 10.10, semalam.

“Saya lihat pada hari ini, pesilat-pesilat Pusaka Hanafi Malaysia yang hadir begitu bersemangat dengan pakaian lengkap uniform persilatan meskipun berada di rumah masing-masing dengan majoritinya adalah golongan belia,” katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom, semalam.

Ahmad Faizal juga telah melancarkan Kelas Online Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam program tersebut dengan melakukan pergerakan silat Gerak Hanafi sebagai gimik pelancaran.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha yang dilakukan oleh Pusaka Hanafi Malaysia dan berjanji kementeriannya akan terus membantu perkembangan silat di seluruh negara.

BERITA BERKAITAN Cekak Pusaka Hanafi lancar kelas silat online, pertama seumpamanya

Sementara itu, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Pusaka Hanafi Malaysia Md Radzi Hanafi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas kejayaan mengawal penularan COVID-19 dan memberi kebenaran aktiviti sukan fizikal dijalankan semula mengikut SOP tertentu.

“Sudah tiba masanya, untuk Silat Cekak Pusaka Hanafi kembali memulakan kelas-kelas persilatan. Kita amat berbesar hati, kerana Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sendiri telah memberi sokongan kepada usaha ini,” katanya.

Program hari ini telah dihadiri seramai hampir 1,000 orang ahli secara Zoom Live dan lebih 40,000 orang secara FB Live dan pelbagai saluran media digital atas talian. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This