RUNDINGAN kerusi antara semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hamzah, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga Pengerusi PN Melaka telah pun mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen PN bagi menghadapi PRN itu.
Kata beliau, Bersatu dan parti-parti komponen PN akan terus meningkatkan pelaksanaan program jangkau luar sedia ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
“Program itu susulan taklimat diberikan Mohd. Rafiq bagi menyantuni rakyat termasuk inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan baik rakyat Melaka.
“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, semalam telah membincangkan persiapan bagi menghadapi PRN Melaka yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Baca artikel berkaitan: UMNO arah jentera parti sedia hadapi PRN Melaka, gugur keahlian Idris, Nor Azman
“Dalam hal ini, Bersatu bersedia menghadapi PRN Melaka dengan melakukan persiapan sewajarnya memandangkan DUN Melaka telah pun dibubarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli DUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan PRN Melaka, Isnin ini.
Ia termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan PRN tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

