Gambar UMNO ONLINE

MESYUARAT bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan hari ini telah membincangkan antara lain mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengarahkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi PRN in .

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, persiapan PRN tersebut perlu menuruti prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“MKT juga mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Utama Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu adalah ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka,” katanya dalam kenyataan kepada media selepas mesyuarat MKT UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato’ Onn, malam tadi.

Beliau juga berkata, Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di 191 Bahagian mulai 15 Oktober hingga 30 November ini.

“Adalah diharapkan agar mesyuarat Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mengikuti SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Katanya, MKT turut menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas siasatan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib; semakan semula berkenaan kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram