LEBIH dua bulan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara rancangan Nona, pelakon Amyra Rosli kini semakin selesa bersama ‘cinta’ baharunya itu.
Walau bagaimanapun, isteri kepada aktor Amar Baharin itu sedar ada segelintir pihak yang tidak menyukai cara dirinya mengendalikan program popular berkenaan.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia optimis dan tidak menjadikan kata-kata negatif sebagai pematah semangat untuk terus memajukan diri.
“Tak kisah pun apa orang nak cakap sebab nak berjaya ini kita kena hadap saja apa yang ada dekat depan.
“Janji kita rajin belajar dan kena perbaiki. Yang mana sokong, kita terus berdiri bersama semangat mereka, yang mana kecam, anggap sahaja itu adalah satu cabaran untuk kita sedar dari zon selesa.
“Hidup ini kejap di atas, kejap di bawah…itu biasa. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan jangan pernah mengalah,” tulisnya di Instagram.
Kata Amyra, ketika awal pembabitannya mengendalikan rancangan tersebut, dia berdepan dengan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam bidang pengacaraan.
Justeru itu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu sanggup mengambil kelas pengacaraan sebagai salah satu usaha menambah ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.
“Mula-mula memang tak yakin tapi dari hari ke hari kita praktis, lama-lama perkara itu akan jadi biasa dan kita akan rasa seronok.
“Sekarang saya suka sangat jadi pengacara…sangat suka! Awal-awal dalam studio, saya bertarung dengan segala macam untuk biasakan diri menjadi sebati dalam dunia pengacaraan.
“Sekarang dah boleh buat penggambaran di luar, saya rasa dah mula faham apa yang saya buat. Mungkin masa baru-baru ‘shoot’ dalam studio, saya kejung sedikit kot.
“Terima kasih kepada @fizafrizzy @ameerazaini @fizasabjahan yang sanggup buat ‘zoom meeting’ setiap minggu untuk berkongsi ilmu…kita nak bayar tapi tak nak! Syukur, dikelilingi dengan orang-orang yang baik,” katanya.
Amyra menggantikan Mira Filzah yang sebelum ini mengendalikan program Nona di TV3 selama tiga tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

