MELAKA dilanda hujan lebat luar biasa hari ini sehingga beberapa lokasi di negeri itu dilanda banjir kilat.
Malah, dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir, seorang anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital setelah pengsan apabila dihanyut arus deras.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.
Anggota itu sedang memasang tali di lokasi berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Baca artikel berkaitan: Bentley terkandas banjir kilat, pemilik berjaya diselamat bomba
PRN Melaka 20 November, penamaan calon 8 November

Memetik laporan awal media, pasukan bomba terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.
Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.
Difahamkan, mangsa disahkan selamat dan menerima rawatan lanjut.
Terdahulu, gambar dan rakaman video detik-detik cemas mangsa dibawa arus dan diselamatkan tular di media sosial.
Menerusi rakaman itu, arus air di lokasi kejadian dilihat cukup deras.
Hujan lebat sejak jam 2 petang itu turut menyebabkan beberapa batang jalan, kampung dan taman perumahan dinaiki air.
Antaranya di sekitar Ayer Keroh, Ramuan China Besar dan Jasin.
Sementara itu, lapor Bernama, anggota boma yang terlibat dalam kejadian tersebut, Mohd Diya Che Jusoh, 46, dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.Â
Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.
Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesurujaya Abu Bakar Katain mengesahkan kejadian tersebut dan Mohd Diya kini sedang dirawat di Hospital Melaka.
”Buat masa ini beliau masih tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan kecemasan (EMRS) BBP Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

