PM ucap tahniah kejayaan Yadim anjur tazkirah 24 jam tanpa henti

Dari Penulis

KEJAYAAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menganjurkan program tazkirah 24 jam tanpa henti yang mendapat pengiktirafan dalam “Malaysia Book of Records” (MBOR) turut mendapat perhatian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Yadim dan berharap usaha itu dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang berhasrat untuk bersama-sama melestarikan gerakan dakwah di Malaysia.

“Alhamdulillah, dalam menyulam rasa kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, Yadim berjaya mencatatkan rekod apabila mencipta nama dalam ‘Malaysia Book of Records’ melalui penganjuran program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai ‘Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk’.

“Tahniah YADIM dan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini,” katanya.

Program dengan tontonan 44,893 peserta membabitkan 24 penceramah dari dalam dan luar negara itu berlangsung dari 9 malam, 18 Oktober hingga 10 malam, 19 Oktober diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H yang menjadi sebahagian daripada pengisian kepada program Bulan Dakwah 2.0 Yadim.

Sementara itu, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan menzahirkan kesyukuran dan penghargaan atas kejayaan menganjurkan tazkirah 24 jam yang julung-julung kali diadakan.

Ia sekaligus diumumkan oleh Malaysia Books Of Records sebagai tazkirah yang terpanjang yang dicatatkan selama 25 jam melebihi sasaran asal iaitu 24 jam.

Menurut Nasrudin, tujuan penganjuran ini ialah bagi menterjemahkan tugas menyampaikan peringatan yang disuruh oleh Allah sebagai manfaat untuk orang beriman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This