UMNO elak pertembungan tiga penjuru PRN Melaka – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO berhasrat untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru dengan mana-mana parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memberi mandat kepada beliau untuk berunding dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berada dalam kerajaan.

Kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO, pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka hanya akan merugikan mana-mana parti dalam kerajaan.

“Seperti kita tahu ada tiga parti di Semenanjung ini yang menyokong kerajaan, jadi kita berusaha untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang mendapat faedah dan memang mereka tunggu sahaja supaya parti dalam kerajaan ini bertembung antara satu sama lain.

“Kalau bertembung, mereka yang untung. Bak kata pepatah, antan lesung berlaga seasama sendiri, beras tertumpah, ayam yang kenyang. Kita sedang mengadakan rundingan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: UMNO, Pas kerjasama di Melaka…siapa untung?

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat kebangsaan, hari ini.

Khamis lalu, UMNO memutuskan kerjasama dengan Pas akan diteruskan untuk menghadapi PRN Melaka.

Pada masa sama, sehari sebelum itu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada kerjasama antara parti berkenaan dengan Bersatu dalam pilihan raya berkenaan.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan yang dicapai itu bukan suara mutlak dirinya sebaliknya kehendak akar umbi parti di seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This