Sindiket pengedaran dadah RM1.1 juta tumpas, suami isteri ditahan – Ayob Khan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri merupakan antara lima suspek sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditahan dalam dua operasi berasingan dijalankan polis Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Rabu lalu antara pukul 9 pagi hingga dua petang telah membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun.

Menurut Ayob Khan, suspek telah ditangkap bersama sejumlah dadah jenis ecstacy dan ketamin.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah namun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Susulan penahanan tersebut, Ayob Khan memaklumkan, polis membuat satu lagi serbuan dan berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 59 dan 53 tahun.

“Polis berjaya menumpaskan sindiket ini hasil risikan selama sebulan dengan sindiket ini telah beroperasi sejak awal Ogos lalu.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa sebuah apartmen berpagar dan berpengawal yang dijadikan sebagai stor pembungkusan dadah bagi aktiviti parti persendirian dan pusat hiburan sekitar kawasan Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Anggota polis ditemui mati dalam kenderaan dengan kesan tembakan – Ayob

Dalam kedua-dua serbuan tersebut, polis telah berjaya merampas 21.18 kilogram serbuk ecstacy bernilai RM1.059 juta; 78.60 gram ketamin berjumlah RM11,790; 1.80 gram syabu bernilai RM180; 90 biji pil ecstacy (RM1,350) dan 170 biji pil erimin 5 bernilai RM2,550.

Ketiga-tiga suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 17 November ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, polis Johor juga telah berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah menerusi satu operasi khas kira-kira pukul 1.50 hingga 3 petang, 9 November lalu di sekitar Kota Tinggi.

Dalam serbuan tersebut, Ayob Khan memaklumkan, seorang lelaki tempatan dan seorang lagi warganegara Indonesia berusia 39 serta 49 tahun telah ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah jenis ganja.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan rekod mendapati seorang lagi mempunyai rekod lampau jenayah.

“Modus operandi bagi satu lagi sindiket ini adalah dengan menyeludup dadah ke negara jiran melalui jalan laut. Sindiket ini telah beroperasi sejak awal Julai lalu.

“Dengan tertangkapnya sindiket pengedaran dadah ini, polis telah merampas 14.557 kilogram ganja bernilai RM36,392.50 di samping menyita sebuah kereta bernilai RM120,000; motosikal bernilai RM5,000; wang tunai RM564 dan wang tunai 279 dolar Singapura,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This