BUAT hari keempat berturut-turut jangkitan harian COVID-19 di bawah angka 6,000 dengan 5,413 kes baharu dilaporkan hari ini.
Bagaimanapun jumlah kes hari ini menyaksikan sedikit peningkatan berbanding semalam yang mencatatkan 5,143 kes.

Keseluruhannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lebih 2.55 juta kes kumulatif COVID-19 dilaporkan setakat ini.
“Pada 16 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,413 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Baca: Kes baharu turun lagi, catat 5,143 jangkitan hari ini
Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas, berkomorbiditi – Khairy
Sementara itu, kata Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan arat Rt COVID-19 semalam kekal pada angka 1.05.
Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kelantan menyaksikan Rt tertinggi berbanding negeri lain.
Dalam pada itu, Selangor merekodkan 1,217 kes baharu COVID-19 hari ini.
Jumlah itu melibatkan 1,203 komuniti, enam penjara dalam lapan kes import.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

