Muhyiddin minta 11,000 pengundi awal memilih untuk masa depan Melaka yang gemilang

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para pengundi awal yang akan mengundi esok agar memanfaat peluang dan kuasa demokrasi dengan memilih dengan bijak demi masa depan Melaka yang gemilang

Beliau berkata, lebih 11,000 pengundi akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok yang terdiri daripada kalangan anggota tentera, polis dan pasangan mereka.

“Manfaatkanlah peluang dan kuasa demokrasi ini untuk memilih dengan bijak. Pilih dan undilah calon dari parti yang berintegriti yang mampu memacu Melaka Bangkit Gemilang,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya malam ini.

Sambil meminta pengundi-pengundi esok mengundi PN, beliau menasihatkan agar mereka menjaga soal keselamatan dengan menjaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Selamat Mengundi! Undilah Untuk Masa Depan Melaka Yang Gemilang,” tambahnya.

BERITA BERKAITAN PN akan umum calon KM Melaka sebelum hari pengundian – Muhyiddin

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata, seramai 11,557 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat mengundi yang dibuka pada pukul 8 pagi esok.

Pengundian awal itu akan melibatkan 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRN Melaka dan jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This