SELEPAS berbalas pesanan dalam media sosial semalam mengenai perlawanan bola sepak antara pasukan mereka, hari ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kiriman hadiah daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Presiden Kedah Darul Aman (KDA) FC itu berkongsi gambar hadiah yang diterimanya berupa jambangan bunga, set makanan segera McDonald dan belon dari pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kad tertulis “Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dari TMJ.’
“Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD (McDonald’s).
“Hari Khamis ni kita berentap lagi, kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas line tu wajib laaa,” tulis Sanusi di Facebook miliknya yang merujuk kepada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kedah dan JDT yang akan diadakan Khamis ini.
Dia turut berkongsikan gambar jambangan tiga kuntum mawar merah dengan kad tertulis “Dengan ingatan tulus ikhlas, dari TMJ”, serangkai belon serta set makanan segera yang diterimanya.
BERITA BERKAITAN ‘Diet apa diet?’, balas Muhammad Sanusi kepada TMJ
Semalam, kedua-duanya berbalas kenyataan, bermula dengan sindiran Tunku Ismail berhubung isu tunggakan gaji pasukan Kedah, yang mempersoalkan apakah ia hanya akan dibayar jika bertemu dengan JDT.
Perkara itu dinafikan Sanusi dalam sidang media, menyatakan bahawa Kedah membayar gaji pemainnya setiap bulan walaupun tiada perlawanan dengan JDT sebelum ini.
“La (sekarang) ni bulan sebelaih (11) dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq (kapur) tala ikut suka dia,” kata Muhammad Sanusi semalam.
Malam tadi, Kedah dan JDT buntu di padang apabila seri tanpa jaringan, dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman.
Kedua-dua pasukan dijadualkan melangsaikan kebuntuan mereka dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 November nanti. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

