MINGGU lalu tular di media sosial dakwaan anggota polis meminta wang daripada warga Palestin bagi melepaskan dari kesalahan gagal menunjukkan pasport ketika ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Gombak.

Ini susulan tersebar rakaman suara yang menceritakan kisah salah laku anggota polis berkenaan yang melakukan pemerasan terhadap seorang mangsa berhampiran sebuah sekolah rendah di Jalan Gombak pada 9 November lalu.

Berikutan itu, beberapa anggota polis dirakam keterangan bagi menyisasat dakwaan berkenaan.

Selepas kira-kira seminggu, seorang anggota polis sah ditahan di sekitar Gombak semalam susulan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan.

Menurutnya, suspek yang bertugas di Balai Polis Gombak disyaki meminta sejumlah wang rasuah bagi melepaskan seorang lelaki daripada diambil tindakan terhadap kesalahan gagal menunjukkan passport yang sah.

“Warga asing bersama anaknya itu ditahan di sekatan jalan raya semasa sedang dalam perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana tidak membawa pasport dan hanya menunjukkan gambar pasport di dalam telefon bimbit.

“Anggota polis berkenaan disyaki meminta sejumlah wang rasuah (jumlah wang masih dalam siasatan) bagi melepaskan mereka daripada mengambil tindakan atas kegagalan menunjukkan pasport yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zinal berkaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berhubung isu ini, agar menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian nombor 03-61262222 atau 016-9537372.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram