PELAKON Zarina Zainuddin menangis kesal di siaran langsung Instagramnya apabila dia telah bertindak kasar terhadap anak sulungnya yang menghidap autism iaitu Azil menggunakan senduk masakan.
“Ada dua perkara buat saya sedih. Kawan baik saya meninggal dunia semalam (Isnin). Saya macam tak percaya bila dengar khabar itu.
“Saya tengah masak, tiba-tiba dia (Azil) mengamuk depan saya. Saya tengah berhadapan dengan benda panas, jadi saya tak sengaja telah terketuk dia dengan senduk.
“Saya sensitif sangat. Ya Allah, kenapa aku ketuk dia. Saya dah bagi dia makan, lepas itu tiba-tiba dia mengamuk. Saya menyesal Ya Allah. Saya terfikir kenapalah saya ketuk dia Ya Allah,” luahnya.
Zarina yang menyesal dengan tindakan diluar kawalannya itu sempat menitipkan pesanan kepada pasangan yang dikurniakan anak istimewa agar sentiasa bersabar mendepani kerenah mereka selain menanggap ia adalah satu ujian untuk diri sendiri.
“Saya rasa ibu dan ayah yang mempunyai anak sebegini kena banyak sabar. Ya Allah Ya Tuhanku sabarkan lah aku. Kuatkanlah aku Ya Allah. Sebab kalau kita tak sabar, anak akan jadi mangsa. Anak ini tak berdosa, tak tahu bercakap.
“Saya harap ibu bapa di luar sana selalu berdoa dekat Allah agar diberi kekuatan. Berikanlah kesabaran yang tinggi. Sebab kita nak uruskan anak sebegini bukan senang. Kita kalau silap, kita yang berdoa. Mereka perlukan kita,” ujarnya.
Tambah Zarina, dia tidak sanggup melihat anaknya mencederakan diri sendiri dan rela menjadi mangsa pukulan anak istimewa itu.
“Biarlah kalau dia nak buat apa-apa kat saya. Saya bagi kepala saya, ketuklah buat lah apa-apa. Sebab dia selalu pukul diri dia. Saya tak sanggup tengok.
Pelakon berusia 50 tahun ini turut berkongsi bahawa anaknya itu kerap menghentak dan mencederakan wajah sendiri sehingga menjadi bengkok dan terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan tulang hidungnya.
Tambahnya, dia yang kerap memikirkan soal anak dan masalah lain telah menyebabkan dirinya mengalami kesukaran untuk tidur.
Hasil perkahwinan Zarina dan Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

