Kalah di Melaka: Lim Guan Eng akui kelemahan PH, kempen media sosial gagal

Dari Penulis

SETIAUSHA Agung DAP, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan mengakui terdapat kelemahan dari segi jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, tiada kempen secara bersemuka merupakan antara faktor yang menjejaskan kempen dan kelemahan pada jentera pilihan raya PH harus diperbetulkan terutamanya dari segi kempen media sosial.

“Kami perlu pertingkatkan dan perkasakan kempen media sosial. Sebenarnya (bergantung kepada) media sosial (sahaja) tidak boleh menang pilihan raya. Kami perlu bersemuka dan berinteraksi dengan pengundi. Ada ceramah dalam talian, tetapi ia terbatas.

“Sungguhpun kami kecewa, tapi kami tidak harus putus asa dan terus berjuang kerana perjuangan politik bukan hanya seketika tetapi adalah satu perjuangan yang berpanjangan,” katanya kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi di George Town hari ini.

Lim menghadiri kes saman fitnah beliau terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow berhubung artikel mengenai Pulau Jerejak.

Keputusan PRN itu menyaksikan BN di bawah gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala PH memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Pada PRN Melaka kali ini, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tidak membenarkan calon untuk berkempen secara bersemuka dengan pengundi di kawasan masing-masing.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini. Ketua...

More Articles Like This