Fasto Fit bukan sekadar supplemen makanan tambahan, anjur 30 Day Challenge Weight Loss

Dari Penulis

PENGAMBILAN produk tambahan bagi menurunkan berat badan dengan cara yang betul sebenarnya mampu memberikan kesan yang memberangsangkan.

Justeru itu, produk Fasto Fit menganjurkan cabaran 30 Day Challenge Weight Loss untuk penurunan berat badan selama sebulan bersama 10 peserta wanita berusia antara 20 hingga 32 tahun yang ditempatkan di Reizz Residence Ampang.

Menurut Pengarah Pemasaran Fasto Fit, Muhd Syauki Basir, program ini bertujuan mendidik masyarakat bahawa pemakanan produk tambahan turut membantu dalam proses penurunan berat badan.

Pengarah Pemasaran Fasto Fit, Muhd Syauki Basir

โ€œKami mahu mendidik masyarakat bahawa meskipun ada pengambilan produk tambahan, kita tetap perlu menjalankan gaya hidup sihat.

โ€œDisamping nak kurus dan dapatkan berat badan yang di idamkan. Kita perlu juga sihat tubuh badan dan mental. Malah, masyarakat juga dapat teruskan aktiviti harian dengan mengambil produk Fasto Fit untuk kurangkan selera makan,โ€ katanya kepada URTV.

Program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss yang diasaskan oleh Mohd. Hassanaim Fauzi itu telah bermula sejak 8 November yang lalu dan akan berakhir pada 8 Disember ini.

Ia memberi fokus kepada konsep keluarga dan testimoni sebenar peserta yang menjalani gaya hidup dan aktiviti harian seperti biasa.

โ€œDalam program ini, kami terapkan nilai sebagai pengguna bijak produk Fasto Fit. Walaupun pengambilan produk makanan tambahan Fasto Fit dapat kurangkan selera makan, mereka masih perlu melakukan senaman ringan dan menjaga pola pemakanan.

โ€œKami mahu melihat keputusan yang lain daripada produk di luar, di mana pengguna Fasto Fit kekal sihat dan mendapat berat badan ideal,โ€ ujarnya.

Fasto Fit merupakan produk supplemen makanan tambahan yang boleh membantu mengurangkan selera makan serta membantu menurunkan berat badan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan menawan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Peserta program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss ini terdiri daripada peserta berusia 20 hingga 30 tahun.

Setiap peserta turut diberikan kemudahan seperti penginapan, makanan asas yang menyihatkan, sesi bimbingan dan nasihat pemakanan.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Kalos Mohd Nor turut dilantik bagi membantu menjalankan latihan khusus kepada rutin penurunan berat badan seperti kardio, senaman Tabata dan latihan bebanan mengangkat dumbell dan barbell.

Dalam pada itu, menurut Muhd Syauki, peserta akan menjalani senaman selama empat kali seminggu dan jurulatih akan mengambil rekod bacaan berat badan semasa peserta.

โ€œSetiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, peserta akan menjalani senaman dan jurulatih akan mengambil bacaan berat badan semasa mereka.

Salah seorang peserta Program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss menunjukkan produk makanan tambahan Fasto Fit ketika ditemui URTV di Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

โ€œPada hari Jumaat, aktiviti โ€˜game challengeโ€™ di jalankan dan kami sediakan wang tunai bagi pemenang.

“Pada hujung minggu pula, kami sediakan aktiviti luar untuk membantu hilangkan tekanan peserta dan menguatkan mental mereka supaya lebih berkeyakinan tinggi untuk mendapatkan berat badan ideal,โ€ katanya.

Majlis pelancaran Fasto Fit bakal berlangsung pada 25 Disember diikuti penyerahan hadiah buat para pemenang.

Juara program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss yang berjaya menurunkan berat badan terbanyak bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM 10,000.

Manakala pemenang tempat kedua memenangi RM5,000 dan tempat ketiga membawa pulang sebanyak RM2,500.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikirโ€ฆ,” โ€“ Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This