ISU keselamatan rakyat Sabah dari ancaman pengganas di selatan Filipina, termasuk penculikan sememangnya isu yang sentiasa dipandang serius oleh kerajaan Malaysia dan negara tersebut.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya plot untuk menyerang Sabah membabitkan 600 militan yang didakwa atas persetujuan ’19 datuk bandar’ dari selatan negara jiran tersebut.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi Harian Metro menafikan laporan tersebut yang mendakwa rancangan rahsia itu turut membabitkan kumpulan militan Sulu di selatan Filipina.
Akhbar berkenaan turut memetik laporan sebuah lagi akhbar luar negara, South China Morning Post yang menyatakan kononnya satu pertemuan yang dihadiri 19 Datuk Bandar bagi membincangkan usaha merekrut 600 keanggotaan untuk mengintip dan menyerang negeri ini.
Laporan itu turut mendakwa pertemuan berkenaan diadakan oleh beberapa pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan negara tersebut
Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pasukan keselamatan itu akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan perkara berkenaan.
BERITA BERKAITAN Lima ahli kumpulan Abu Sayyaf ditembak mati, satu sel lumpuh
Katanya, pasukan risikan Esscom sebenarnya sudah mendapat maklumat berhubung dakwaan itu sebelum ini dan malah cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Kita masih cuba mengesahkan dakwaan ini daripada rakan sejawat di negara jiran,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, pihaknya kawalan sempadan dan rondaan sentiasa diberi perhatian ketat dari semasa ke semasa.
Selain itu, beliau turut memberi jaminan setakat ini tiada pergerakan tidak normal yang dikesan berlaku di perairan negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

