Pusat hiburan diserbu, 44 pengunjung, pemilik dikompaun RM245,000

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 44 pengunjung dan pemilik sebuah pusat hiburan di ibu kota telah dikenakan kompaun berjumlah RM245,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, kesemua 44 pengunjung itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM220,000 manakala pemilik premis berkenaan dikompaun RM25,000.

Menurut beliau, JPJKK Kuala Lumpur telah menjalankan Operasi Pematuhan Khas COVID-19 menyasarkan pusat hiburan tersebut, malam tadi.

Azman memaklumkan, operasi berkenaan dilakukan 18 pegawai dan anggota JPJKK Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: Aktiviti pusat hiburan, hampir RM1 juta kompaun dikeluar dalam satu malam

“Kompaun-kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Nilai keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan hasil serbuan lewat malam tadi adalah berjumlah RM245,000.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19, demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This