Selain nyanyian, Ashira Aziz ingin intai dunia lakonan

Dari Penulis

KEMBALI aktif selepas menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) tahun lalu, penyanyi Ashira Aziz berharap sinar bintangnya dalam industri seni tempatan tidak dilupakan.

Pemilik nama sebenar Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, itu turut berkata dia terbuka untuk memberi kerjasama dengan mana-mana agensi yang sudi menerbitkan single terbaharu untuknya.

“Saya tidak kisah, asal boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.

“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” ujarnya.

Ashira yang pernah popular dengan lagu Di Ombak Resah, dia tidak menolak jika ada tawaran yang mahu menggandingkan dia bersama suami dan dia turut menerima jika ada tawaran lakonan yang bersesuaian untuk dirinya.

Malah, dia mengakui lebih tenang dan selesa dengan imejnya yang terbaharu dengan mengenakan hijab.

“Alhamdulilah semakin serasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” tambahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This