MALAYSIA gagal mengekang kehebatan pasukan Vietnam apabila tewas 0-2 kepada bekas juara itu dalam aksi ketiga perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura, malam ini.
Vietnam yang sentiasa mempamerkan permainan menarik dengan larian-larian pantas terus mengasak skuad Harimau Malaya sebaik wisel permainan dibunyikan dan seterusnya berjaya mendahului 1-0 menerusi jaringan Nguyen Quang Hai pada minit ke-32.
Malaysia terus ketinggalan 0-2 kepada Vietnam menerusi jaringan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-36 apabila bola yang terkena tiang gol melantun masuk ke dalam pintu gol yang dijaga Khairul Fahmi.
Dalam separuh masa kedua, skuad negara yang membuat beberapa penggantian pemain baharu mula melakukan lebih banyak serangan pada awal separuh kedua tetapi gagal mendapatkan sebarang gol.

Bagaimanapun, skuad Vietnam yang kelihatan masih cergas walupun di akhir-akhir permainan terus menekan barisan pertahanan negara dan seterusnya berjaya menambah satu lagi jaringan mereka pada minit ke-89 melalui Nguyen Hoang Duc.
Kekecewaan itu juga merupakan kekalahan keempat berturut-turut dialami skuad negara berhadapan dengan pasukan terbaik di Asia Tenggara (ASEAN) itu sejak 15 Disember 2018.
Vietnam yang turut beraksi di pentas pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022 nyata berada di kelas tersendiri sehingga membuatkan barisan pemain negara bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.

Kekalahan di tangan penyandang juara itu juga menggugat peluang pasukan negara menempatkan diri ke pusingan empat pasukan terbaik, apabila jatuh ke kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan B dengan Vietnam kini di tempat kedua manakala Indonesia sebagai pendahulu.
Dengan kekalahan pertama di pentas Piala AFF Suzuki 2020 itu, Malaysia jatuh di tangga Kumpulan B namun mendapat rehat selama enam hari sebelum berdepan Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Ahad depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

