Flat Sri Johor terbakar, lapan buah rumah dipercayai musnah

Dari Penulis


SEKURANG-KURANGNYA lapan unit kediaman tingkat lima di Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur dilaporkan musnah dalam kebakaran malam ini.


Kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.20 malam tadi.


Berdasarkan video tular di media sosial, kebakaran itu turut merebak ke tingkat bawah premis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah blok lalu merebak di keseluruhan tingkat.

Difahamkan, kebakaran berpunca daripada kebocoran gas.

Kata jurucakap itu, setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian melibatkan kemalangan jiwa.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This