MELIHAT kepada keadaan banjir kali ini yang di luar jangkaan, banyak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, dalam hal ini pihaknya sentiasa bersedia membantu agensi berkaitan dalam memastikan PPS di sekolah bawah KPM dapat beroperasi dengan teratur.
“Sama-samalah kita berdoa agar urusan pengendalian mangsa banjir di Selangor serta tempat-tempat lain di seluruh negara dipermudahkan,” katanya menerusi Facebook beliau.
Dalam hantaran itu, beliau berkongsi lawatannya ke SMK Telok Panglima Garang, Banting pada jam 1 pagi tadi untuk meninjau PPS bagi mangsa banjir dari kawasan sekitarnya.
Baca: 14,000 mangsa banjir dipindah, hampir 5,000 di Selangor
PM turun padang bertemu mangsa banjir Selangor
“Saya diberi taklimat oleh beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan situasi terkini di pusat ini.
“Alhamdulillah, semua urusan permindahan berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telibat dalam proses membantu mangsa-mangsa banjir ini, termasuk pihak sekolah,” jelasnya.

