Pemuda UMNO Titiwangsa hulur sumbangan pada mangsa banjir

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO Parlimen Titiwangsa diketuai Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Baru, ibu negara.

Mangsa-mangsa berkenaan merupakan penghuni 43 unit rumah Flat PKNS Jalan Tun Razak yang turut terkesan akibat banjir Lembah Klang sejak kelmarin.

Menurut Nazir Hussin, beliau bersama Pergerakan Pemuda UMNO akan memantau keadaan banjir di kawasan Parlimen Titiwangsa ini dan bersedia memberikan pertolongan dan bantuan pada bila-bila masa jika banjir berlaku lagi.

“Saya tidak dapat menangani masalah banjir saat ini namun saya akan membantu mangsa-mangsa yang terkesan.

“Kawasan ini bukan kali pertama berlaku banjir kilat ini, malah setiap kali berlaku banjir kami pemuda UMNO Titiwangsa pasti hadir menghulurkan apa yang boleh meringankan beban mangsa banjir ini,” katanya selepas penyampaian bantuan berkenaan semalam.

Bantuan wang tunai sebanyak RM200 diberikan kepada setiap keluarga serta barangan keperluan air mineral, biskut, pad wanita telah diagihkan kepada mereka yang terkesan.

Dalam pada itu, mangsa-mangsa banjir di Kampung Baru turut mengadu kepada Nazir Hussin mengenai rumah mereka yang dinaiki air setiap kali hujan lebat berterusan.

Baca: Agong sifatkan banjir di ibu negara ibarat tragedi 1971

Taburan hujan di Selangor semalam bersamaan 30 hari – PM

Mereka bagaimanapun seperti sudah lali dengan situasi berkenaan yang terpaksa dilaluinya apabila hujan lebat berlarutan.

“Rumah dinaiki air separas betis semalam menyebabkan banyak barangan elektrik yang rosak,” ujar salah seorang mangsa.

Turut terlibat dalam kejadian banjir kali ini ialah 20 unit kedai Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Padang dan sembilan buah rumah di Kampung Hujung Pasir.

Ketika ini, mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk telah ditempatkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This