Pasukan bomba dan agensi penyelamat lain berjaya mengeluarkan seorang warga emas yang tertimbus sehingga paras pinggang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala, ibu negara awal pagi tadi./ Gambar FB Bomba Taman Tun Dr Ismail.

SEORANG warga emas tertimbus sehingga paras pinggang dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di ibu negara awal pagi tadi.

Wanita berusia 70-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota penyelamat manakala empat buah rumah rosak teruk dalam kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khairul Azuwan Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 1.22 pagi tadi.

Katanya, susulan itu, anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas dikerah ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh  menghempap empat buah rumah kediaman.

“Seorang wanita berusia 70-an didapati tertimbus hingga paras pinggang.

“Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Mangsa banjir kini melebihi 43,000, Pahang paling ramai

MRA gerakkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara

Khairul Azuwan berkata, seramai 35 anggota dikerah ke tempat kejadian termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Lokasi tanah runtuh berkenaan kini ditutup atas faktor keselamatan sementara pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan ia selamat,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram