Banjir: Ranhill sediakan dua loji rawatan air bersih mudah alih

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RANHILL Utilities Berhad telah menyediakan dua unit loji rawatan air bersih mudah alih untuk digunakan kepada pengguna terjejas akibat banjir di Selangor.

Ranhill Utilities dalam kenyataan memaklumkan, penyediaan loji rawatan air bersih itu adalah melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta beberapa agensi kerajaan lain.

Menurut Ranhill Utilities, dua unit loji rawatan air bersih mudah alih bersaiz 20 dan 40 kaki itu bertindak memproses air bersih untuk membantu menyediakan sumber alternatif air bersih terawat bagi kegunaan mangsa banjir.

Katanya, kedua-dua loji rawatan air bersih mudah alih itu ditempatkan di sekitar kawasan Hulu Langat.

“Ini kerana Hulu Langat merupakan antara kawasan yang terjejas teruk dan memberi kesan besar kepada ramai penduduk ekoran bencana banjir baru-baru ini.

“Selain itu juga, loji rawatan air ini berupaya untuk menghasilkan sebanyak 5,000 liter air bersih terawat dalam masa satu jam dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 isi rumah sehari untuk akses air bersih,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Bahagian dalam loji rawatan air bersih mudah alih yang disediakan Ranhill bagi kegunaan penduduk di Hulu Langat.

Baca artikel berkaitan: Yayasan Bank Rakyat sumbang 500 power bank kepada mangsa banjir

Ranhill Utilities memaklumkan, sistem yang digunakan oleh loji rawatan air bersih itu adalah sama seperti sistem rawatan air bersih di loji rawatan air.

Oleh kerana itu, kata Ranhill Utilities, kualiti air bersih terawat dihasilkan adalah menyamai kualiti standard air minum di Malaysia yang menjamin keselamatan bagi kegunaan mangsa-mangsa banjir.

“Ini merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ranhill dan kerajaan dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan akses air bersih untuk digunakan dalam keadaan sukar ini,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This