“Terima kasih frontliners, terima kasih semua!” – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau amat terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Menurut Perdana Menteri, ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

“Mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

“Terima kasih frontliners, terima kasih semua!,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi lima keping gambar anggota penyelamat daripada pelbagai agensi yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Perdana Menteri mengingkan semua supaya terus berwaspada akan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Katanya, ramalan Jabatan Metereologi Malaysia luruan monsun yang akan berlaku pada 27 hingga 29 Disember ini di mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.

“Saya telah mengerahkan semua agensi bertanggungjawab sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya kita menghadapi gelombang kedua.

“Pasukan keselamatan telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26-29 Disember 2021.

“Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This